Simpulan Bahasa: Hidung tinggi (high nose idioms) bermaksud: Sombong atau Tinggi diri.
Bukannya mudah untuk mendapatkan pangkat dan status yang
tinggi, mungkin mengambil masa bertahun-tahun melalui pelbagai dugaan, rintangan dan halangan ataupun mungkin juga
mendapatkannya secara pintas. Pendek kata untuk mendapatkannya bukan senang nak jadi senang…eeee
Selalunya bila dah ada pangkat, ramai yang riak dan sombong
tapi juga yang berpangkat, berstatus dan berpengaruh, merendah diri dan tidak
sombong. Tak luak dan tak terjejas pangkat sikitpun malah orang lagi
menyanyanginya.
Sehebat manapun kita , kain putih jua membalut badan dan ke
dalam lubang kubur jua tempat kita nanti. Calitkan setiap aspek kehidupan kita
dengan merendah diri dalam apa saja yang tuhan berikan. Wassallam.