Isnin, Oktober 15

Perasaan Hasad Dengki..(PHD)

Kita sepatutnya tumpang gembira dengan kejayaan rakan, jika mereka jatuh kita sama-sama membantu selagi termampu. Jangan kita hasad dengki, irihati dan cemburu kerna itu adalah perasaan yang sangat dicintai oleh iblis. 

Bila sudah semakin tak terkawal maka timbulah hobi bergosip, mengupat dan lebih malang lagi menjatuhkan maruah. Jika sifat ini tak dibuang maka hati kita akan menjadi keras dan kita tergolong dalam manusia yang paling jauh disisi Allah snwt.