Rabu, Ogos 8

Urusan kejap saja tapi leceh, leleh dan leweh...

kedatangan yang pertama tempohari atas urusan peribadi, setibanya aku di kaunter khidmat pelanggan bagi mendapatkan nombor giliran, katanya sudah habis..mmm..boleh aku terima sebab agak kelewatan tiba di sana. Mendatangi hari ke dua pula, harap maaf no giliran telah habis dengan alasan bulan puasa urusan di singkatkan..sabar lagi.. dan hari ini mungkin aku nak berlepas dari kediaman selepas solat subuh, biarlah menjadi yang  pertama, jika alasan nombor giliran telah habis juga, ni yang buat tak sabar ni, terasa nak maki hamun saja, sebab jarak perjalanan ke situ boleh dikatakan jauh..urusan kejap saja tapi leceh, leleh dan leweh..