Rabu, Ogos 22

Kita berbeza.


Allah, jadikan manusia dengan sikap yang berbeza-beza. DIA juga anugerahkan kita dengan kemampuan bakat yang berbeza-beza. Apa yang DIA berikan itu adalah anugerah buat kita semua. Dia juga menyelitkan kekurangan dalam diri. Kenapa kekurangan itu diberikan? Tentu rakan dapat mencari jawabannya.


Janganlah kita mengeluh dengan kekurangan yang ada dan jangan pula kita berbangga dengan kelebihan yang kita miliki, kerna rasa bangga itu membuat kita lupa untuk jadi manusia yang selalu merendah diri. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara kerna itu adalah ujian yang tidak terasa dariNYA. Salam Aidilfitri buat semua.