Khamis, Ogos 2

Kad Pengenalan Baru...

Kalau nak cepat apa kata rakan boleh pergi ke JPN Putra Jaya untuk pertukaran kad pengenalan baru. Jangan tunggu lama-lama..pilihanraya dah dekat ni..

SYARAT PERMOHONAN
·  Pemohon mestilah hadir….
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa dokumen berikut (asal):
·  Kad Pengenalan.
BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK…
1.     Warganegara = RM 10.00
Jika memohon gantian MyKad dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad, tiada sebarang bayaran yang dikenakan (PERCUMA).
2.     Bukan Warganegara = RM 40.00
Jika memohon gantian MyPR dalam tempoh 12 bulan dari tarikh serahan kad, tiada sebarang bayaran yang dikenakan (PERCUMA).
Panggilan no 0588 kaunter 11, setibanya dikaunter, terangkan tujuan rakan, untuk pertukaran alamat, anda perlu isikan borang pertukaran alamat tempat tinggal semasa, pada yang rabun dekat eee..jangan lupa bawa kaca mata. Selesai pengisian maklumat,  rakan dikehendaki letakan ibu jari kanan untuk dibuat pengesahan secara elektronik dan tunggu panggilan seterusnya untuk berfoto, kalau boleh berpakaian biarlah kemas dan sopan. Opss! baju ada disediakan untuk berfoto, sebelum itu mmm..makeup dan solek-solek wajah tuu...senyum encik..klik..klik..mmmm dah siap pun, dalam masa 24 jam kad pengenalan baru anda siap..T/kasih..