Rabu, Ogos 1

Dibulan puasa...

kebanyakan hotel dan restaurant menawarkan pakej buffer ramadhan. Ada beratus-ratus menu disediakan, terpulanglah pada rakan nak pilih makanan untuk dimakan, perlu ingat, ramadhan adalah pesta ibadah, bukan pesta juadah, jangan main bantai saja, nanti terkejut plak perut tuu..









Panduan: Berbuka secara BUFFER

  • KALAU IKUT SUNNAH NABI MAKAN 3 BIJI KURMA DAN MINUM AIR
  • Makan makanan yang ringan-ringan dulu
  • Tenangkan diri dan tunaikan solat
  • Selepas solat baru makan
  • Jangan tamak letak semua makanan dalam satu pinggan. Ia mencerminkan diri kita sebenarnya, samada jenis gelojoh atau jenis yang cool.
  • Ambil makanan yang jarang kita makan, pilih yang mahal punya...eeee
  • Pilih jenis pinggan bersesuaian dengan makanan, kalau nak ambil kuih, guna pinggan yang kecil je.

Tentang pakaian, biarlah yang selesa dan sopan. Jangan la pakai yang ketat-ketat dan sendat-sendat apa lagi baju kurung yang nipis, menambah dosa pulak nanti. Ini majlis IBADAH berbuka puasa, maka kena hormat majlis..maaf la kalau terasa..

Saya hari ini ada jemputn berbuka puasa di Boulevard Hotel-Wild Rice Restaurant Level 9 MidValley K/Lumpur…kalaulah hari-hari cam ni kan bagus…Wassallam...