Selasa, Julai 24

Selepas makan isinya..

Selalu kulitnya kita campak dalam tong sampah, rakan tahu kulitnya boleh dibuat ubat la, jadi ambil balik dan hiris nipis-nipis macam asam keping dan jemur sampai kering. Bila-bila masa, ambil air panas, 2 atau 3 hirisan kulit itu dan direndam buat seketika. Sedia di minum apabila menjadi suam.Selalunya warna air bertukar sedikit ungu. Rasa air sedikit kelat tetapi enak. 

Khasiatnya seperti memberi tenaga, mencegah sakit urat saraf,mencegah kegelisahan, panik atau cemas, anti penuaan…eee..kelihatan muda selalu. Buang toxic dalam badan, membunuh kuman , baik untuk jantung, merendahkan tekanan darah, mengurangkan gula dalam darah (kencing manis), untuk kuruskan badan, cegah sakit tulang, cegah gusi berdarah, rendahkan suhu badan dan sesuai untuk merawat penyakit Gout.