Isnin, Jun 18

Setiap yang dirancang tidak semestinya menjadi kenyataan..


Kegagalan mencapai apa dirancang serta diimpikan sememangnya memeritkan kerana kita terlalu meletakkan harapan tinggi. Kegagalan kadangkala tidak dapat diterima dan ketika itu kita mula berputus asa manakala syaitan pula mula membisikkan hasutan demi hasutan ke telinga kita yang ditimpa ujian. Lantaran itu mula lah kita menjauhkan diri daripada Allah dengan meninggalkan solat, membuat kemungkaran dan prasangka buruk terhadap Allah bermain di kotak fikiran. Syaitan akan membuatkan manusia berfikir Allah tidak adil dan kejam dalam menimpakan ujian terhadapnya.


Ingatlah, apabila menghadapi saat-saat sukar dalam kehidupan, jangan sesekali menjauhi diri daripada Allah. Mohonlah petunjuk daripada Allah supaya ditunjukkan jalan untuk menghadapi ujian berkenaan. Sentiasalah bersyhukur kerana masih diberi ruang kesempatan untuk terus menikmati kehidupan..Amin..
'Selamat Hari Bapa'