Jumaat, Jun 22

Ketika memandu...

jangan lupa perhatikan penunjuk meter yang menentukan tahap kepanasan enjin supaya tidak menghampiri peringkat H (HOT)

Enjin akan menjadi terlalu panas jika lama membuat perjalanan jauh, sedang mendaki atau membawa muatan berlebihan,jika ini terjadi BERHENTILAH kenderaan anda buat seketika.Jika terlewat mungkin menyebabkan kenderaan anda berasap, terbakar atau pun meletup.

Kepanasan enjin mungkin berpunca daripada faktor kurangnya bekalan air dalam radiator, paip tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.