Isnin, Mac 5

Untuk dikongsi bersama...

Dari pengalaman yang dilalui,  telah menyedarkan aku betapa khasiatnya air jampi. Nasihat pada rakan-rakan yang mengalami kepatahan, setelah menjalani rawatan secara saintifik di hospital, anda perlu menjalani rawatan susulan iaitu secara tradisional pula.




Tempohari aku terlibat dengan kemalangan dimana tulang kanan pipiku telah patah. Selama 40 hari aku berulang-alik ke hospital dan sekarang di sahkan sihat oleh pakar doktor bedah mulut. Walaupun sembuh tapi ada sedikit perubahan pada wajahku, umpama luka pasti ada parutnya.


Kata ibuku, bila patah tulang kena cari bomoh tulang dan dapatkan air penawarnya. Aku sebenarnya keberatan tapi untuk menjaga hatinya terpaksa jua akur, kebetulan pula bomoh tulang tersebut kenalan ayahku.


Rawatannya ringkas, permulaan diberinya aku minum air penawar kemudian dibiarkan berkomur-komur sementara tangan bomoh mengurut-ngurut tempat yang patah, titisan air penawar dititik pada tempat kepatahan, aku terasa urat-urat mukaku tertarik untuk masuk ketempatnya, pelik kan! Setelah selesai, aku kena berpantang iaitu tidak boleh makan benda-benda sejuk seperti labu, pisang, air kelapa dsb sehinggalah sembuh. Air penawar perlu diminum dan dititis pada tempat kepatahan sekurang-kurangnya 7 hari, dan sekarang atas pertolongan Allah dan usaha berterusan, aku sembuh seperti sedia kala..Alhamdulillah..

Tiada ulasan: