Rabu, Februari 22

Six-Car-Set (SCS)

Tren yang dikenali sebagai 'Six-Car-Set atau SCS yang dibeli oleh KTMB daripada syarikat ZhuZhou Electric Locomotives Co Ltd. (ZELC) dari negeri China sebanyak 38 set akan mulai beroperasi pada tahun ini.  Kesemua set tersebut diterima secara berperingkat-peringkat.

Berita baik kepada pengguna komuter, untuk membantu meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan KTM Komuter bagi sektor Rawang-Seremban-Rawang dan Sentul-Port Klang-Sentol, 4 set SCS akan dilarikan  pada 23 Feb 2012 ini. 

Dalam bulan April, kekerapan larian iaitu waktu puncak 15 minit, waktu biasa 30 minit.

Dalam bulan Julai, kekerapan larian iaitu waktu puncak 10 minit, waktu biasa 20 minit.

Pada 8 March 2012, majlis perlancaran akan diresmikan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Mohd Najib dan sempena hari itu nama SCS ditukar kepada My Komuter. 

Untuk memperkenalkan larian My Komuter pihak KTMB ada menawarkan promosi dalam bulan March hingga September 2012:-
  • Pengagihan sebanyak 100,000 baucar bernilai RM 2.00
  • Diskaun 50% atas tiket komuter mingguan
  • Perjalanan percuma bagi kanak-kanak sekolah (berpakaian seragam) juga untuk yang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang berumur dari dan ke atas.

Tiada ulasan: