Herbanya Baik Untuk Pendarahan Dalaman
Dikenali juga dengan nama Tutup Bumi. Tumbuhan liar ini selalu kita jumpa, pohonnya renek dimana daunnya terdampar kebumi (Lihat g/rajah di bawah).Herba ini juga digunakan sebagai jamu selepas bersalin. Daun dan akarnya dikeringkan, direbus dan airnya diminum.
Perempuan yang 'turun darah' (pendarahan dalaman diluar pusingan haid) ianya baik untuk kesihatan. Caranya ambil satu atau dua pokok berserta akarnya, sedikit beras (direndam) untuk beberapa minit dan cetasan mata kunyit.Bahan-bahan itu dicampur dan ditumbuk kemudian airnya diminum (sukatan airnya satu takuk ukuran jari manis). InsyaAllah pendarahan berhenti.
Jika anda merasa kepenatan selepas bekerja seharian, ambil herba ini yang telah dikeringkan 3 pokok dan dicampur bersama Bayam Duri yang berwarna hijau (Amaranthus spinosus Linn) 1
pokok kemudian didihkan dan minum airnya samada lelaki atau perempuan, tua atau muda. Anda akan kembali bertenaga dan rasa sihat.
![](https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/319945_296445497053698_100000647491460_989352_629220948_n.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan