Jumaat, Oktober 7

Rintik Hujan..

Ditempat saya boleh dikatakan setiap petang hujan akan turun. Sedarkah rakan? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sabda Nabi SAW, bila hujan turun, DOA mustajab. Lantaran itu rebutlah peluang kerana di saat inilah pintu-pintu langit sedang terbuka.

Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah” 
(al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik.

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Hud : 123)

Tiada ulasan: