Semalam singgah kejap diTesco Klang, berselisih pula dengan seorang gadis, mak! wangi dan harumnya, perfume apa yang dipakai..mmm..
Bau wangian dapat menyegarkan jiwa, rohani dan membangkitkan semangat dalaman seseorang. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. Para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk..eeeee...kalau yang berbau tuu, faham-faham lah ya.
Rakan tahu, minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, selalunya mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin. Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan
Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis..mmmm..
TIP MEMAKAI PEWANGI..untuk dikongsi. (copy dari blog rakan)
Sembur pewangi selepas kamu mandi agar baunya lebih segar. Kamu juga boleh menambahkan sedikit pewangi/minyak wangi kepada air mandian untuk kesan yang lebih lama.
2. Semburkan pewangi ke bahagian badan yang mudah menyebarkan wangian ke seluruh badan seperti pergelangan tangan, leher dan belakang lutut.
Elakkan menyembur pewangi terus ke arah baju kamu kerana wangiannya hanya akan bersifat sementara sahaja. Malahan ia juga boleh mengotorkan dan merosakkan baju kamu.
4. Jangan menyembur terlalu banyak pewangi kerana ianya boleh menimbulkan kesan yang tidak baik kepada orang sekeliling. Perlu diingat, mungkin ada di antara rakan-rakan kamu yang alah kepada wangian atau pun bauan kuat yang terlalu menusuk ke hidung.
Jangan terlalu kreatif! Saya tahu ramai di antara kamu yang pernah mencuba mencampurkan pelbagai pewangi untuk menghasilkan bauan yang lain daripada yang lain. Tetapi satu yang perlu kamu ingat, sekiranya tersalah campur, wangian yang bakal terhasil mungkin akan berubah kepada bauan yang pelik dan kurang menyenangkan.
6. Asingkan pewangi untuk kegunaan harian dengan koleksi pewangi kamu. Rasionalnya pewangi yang disimpan terlalu lama akan mempunyai bau yang berbeza dengan bauan asal. Warnanya juga akan turut berubah kepada kekuningan.
Jangan sembur pewangi di tempat yang mudah basah dan berpeluh. Ini kerana air peluh yang telah bercampur dengan pewangi akan menyebabkan baju kamu bertukar warna kepada kekuningan sekiranya terkena pada baju.
8. Sekiranya kamu menginginkan wangian yang tahan lebih lama, pilihlah pewangi yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. Namun begitu kamu juga boleh mencari pewangi alternatif lain yang bebas alkohol dan tahan lebih lama yang banyak terdapat dalam pasaran tempatan sekiranya tidak suka kepada pewangi beralkohol.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan