Rabu, Oktober 26

Cuci gigi..


Dalam kesibukan kerja seharian , yang aku ingat adalah tarikh , tentang hari , kadang-kadang ingat , kadang-kadang lupa tapi selalunya lebih lupa dari ingat . Suatu ketika , hari Khamis dikatakan hari Jumaat , apa lagi siap-siap la aku  untuk menunaikan solat , ' kan aku ni orang terpilih ' ,  eee...  waktu solat dzohor . 

Dan hari ini , sekali lagi terkena , seawal pagi aku bersiap-siap untuk ke klinik pergigian , tujuannya untuk  cuci gigi . Orang kata senyuman yang menawan terletak pada gigi yang bersih dan cantik , yang tak bergigi , mmm...lagi manis! .Adohai..terpaksa la aku U-Turn balik . rupa-rupanya hari ini cuti . Hari HKA . Pada rakan-rakan yang beragama hindu , selamat menyambut Hari D'vali..

Tiada ulasan: