Undur ke belakang, filem ini saya tonton di pawagam Seremban dalam era 90’an , saya kalau filem aksi lasak cukup minat, sehinggalah sekarang..
Speed adalah filem Amerika Syarikat difilemkan dalam tahun 1994 terbitan oleh Jan de Bont. Filem aksi yang berlokasi di Los Angeles ini dibintangi oleh Keanu Reeves, Dennis Hopper, Sandra Bullock, Joe Morton, dan Jeff Daniels.
Keanu Reeves berperanan sebagai petugas polis bahagian komando departemen Los Angeles. Beliau berusaha menangkap seorang penjahat tidak waras yang juga merupakan pakar dalam bahan peledak. Penjahat ini memasang bom di dalam sebuah bus kota . Agar penumpang bas selamat, bas perlu dilarikan dengan kelajuan di atas 80 km/jam. Jom kita saksikan sebahagian dari filem ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan