Sabtu, Mei 21

Duit Ada Tapi Tidak Cukup

Duit banyak tapi selalu tidak mencukupi. Tahu kenapa?. Sebab semakin banyak duit yang kita ada, semakin banyak pula kita berbelanja. Macam mana nak cukupkan duit? Tak payah difikirkan macam mana nak cukupkan duit, kerana duit memang tak pernah cukup. kerana sifir kehidupan di dunia yang memerlukan duit.



Lantaran itu, apa perlu dilakukan, senang saja..eeee..kumpullah duit sebanyak-banyaknya. Macamana!. Selagi ada peluang dan ada kudrat, carilah duit seberapa banyak yang mungkin. Tiada halangan untuk kita mengejar kekayaan.

Pegang pada kata-kata ini:-

“Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.”

Si miskin selalu mengadu,duit tidak mencukupi untuk perbelanjaan. Si kaya pun juga mengadu, mereka nak lebih banyak duit untuk membeli bermacam-macam benda. Kesimpulannya payah sekali hendak berjumpa dengan orang yang berasa cukup dengan duit yang mereka ada.

Jadi, siapa yang tak pernah cukup duit sebenarnya. Orang miskin ke, atau orang kaya?

Kesimpulannya, tiada orang yang pernah cukup dengan duitnya, yang kaya dengan lagaknya, si miskin dengan kehidupannya, padaku yang TIADA HUTANG dialah yang kaya.

Tiada ulasan: