Jumaat, April 1

SEBUAH PERSAHABATAN

Aku hanya insan biasa,aku ingin menjadi insan yang berguna, aku sentiasa berusaha mencari yang terbaik walaupun hakikatnya terdapat banyak kekurangan. Secara peribadi dalam bersahabat, aku mengharapkan sahabat boleh menjadi teman ketawa dan teman menangis. Pada masa yg sama aku ingin memberi yg terbaik kerna bagiku persahabatan lahir dari hati,tanpa meminta simpati dan terima keburukan dan kebaikan sahabat. Aku selalu kata pada sahabat2 'Engkaulah sahabat aku'. Kekadang terfikir aku 'Betulkah aku benar-benar faham apa itu persahabatan'?

Bila dah bersahabat, kita akan kenal 'siapa' dirinya. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya. Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabatnya, mungkin kita akan tahu.

“Jemputan Meraikan Hari Persahabatan Reunion PPL 90’ akan ku hadiri…insyaAllah…”

Tiada ulasan: