Khamis, Mac 17

SUATU KEHILANGAN

Tak sampai RM500.00 pun!! nanti beli la yang baru, sedapnya cakap rakanku, 'tak sayang mulut' udah la hatiku duka ditokok tambahnya pula. Ya la! murah bagi yang berada tapi  susah untuk dapatkannya semula, kehilangannya menyebabkan semua kerja tergendala, bukan tak boleh beli..eeee…kena tunggu hujung bulan, itupun mana yang penting didahulukan, kaca mata harganya tunai/cash, ansuran tiada ditawarkan, yang paling murah dalam RM200.00, ni tengah bulan rakan!! kehilangannya  sangat2 menghampakan, nak nangis tak terkeluar si air mata ..waaa.. sekelip mata RM350.00 hilang bib!! cermin multifokus berbingkai cita rasa semasa, supaya kerja tidak tergendala mahu tak mahu kena cari gantinya dengan tidak boleh tidak, kata rakanku yang murah ada dijual di kedai 2Ringgit..boleh laah..Aku tidak menyalahkan sesiapa, mungkin salah diri sendiri atas kecuaian  dan kealpaaku. Beringat sebelum terkena, awasi langkah anda sentiasa..

Tiada ulasan: