Selasa, November 16

Sewaktu Senang..Dikala Kesusahan

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:


Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) 
[Al-Shams 91: 7-10]

Bertanya sahabat.. apa yang membezakan manusia dan malaikat selain dari KEJADIANNYA..( manusia kejadikan dari TANAH..malaikat dari CAHAYA )

‘Aqal Fikiran Dan BerTaqwa’. Dengan adanya akal,  manusia berkemampuan membuat pilihan, samada yang baik atau jahat. Pilihan kearah kebaikan bermaksud dalam masa yang sama menolak kejahatan iaitu memindahkan kebaikan kpd kehidupan dan jika memilih kearah kejahatan, tindakannya berunsur kejahat. Oleh itu jauhilah pilihan yang jahat, mencari keseronokan  yang sementara, tetapi derita dan menanggung dosa selama-lamanya. Jika terpiih kejahatan, berusahalah untuk kembali kepada kebaikan dan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik. (TAUBAT NASUHA)

Cuba renungkan, bagaimanakah pilihan kita sewaktu senang dan semasa susah..

a) Pilihan semasa hidup senang. Apakah kita diuji dengan banyak pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

b) Semasa susah kita tiada banyak pilihan..Hati tidak tenteram.

Oleh itu pilihlah jalan yang memberi kebahagian DUNIA dan AKHIRAT. Jangan mencari banyak alasan. Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah rahmat dan bantuan Tuhan dalam hidupmu. Redha kan ia..waAllahu..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sue suka apa yg ditulis olek kamu D