Jumaat, April 5

Draf Ucapan Hari Persaraanku...

Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahera.. Persaraan adalah salah satu peristiwa penting dalam kehidupan setiap orang. Ia menandakan bahawa perjalanan orang yang menghabiskan masa muda mereka bekerja keras telah berakhir. Pesara kini boleh menghabiskan sepanjang masa mereka menikmati kehidupan yang mereka idamkan selama ini dengan melakukan hobi, mengembara ke seluruh dunia atau hanya menikmati menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. Saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hidrat Allah snwt kerna dengan limpah rahmat-Nya saya sampai keusia ini... Terima kasih memberi ruang kepada saya untuk menyampaikan ucapan sempena Persaraan. Saya akan bersara pada 25April 2024,,saya berkecimpung dalam dunia pengoperasian sejak tahun 1990 iaitu 34 tahun yang berlalu kita perlu cepat dan cekap dalam melaksanaan tugas menyelesaikan kerja pada waktu yang ditetapkan atau on time... Saya memohon air kemaafan atas sebarang kesalahan baik dari tutur kata mahupun perbuatan,saya juga memohon maaf kepada rakan2 disepanjang tahun sehingga kini saya berada, sebarang kealpaan atau kesilapan mungkin berlaku, Ucapan terima kasih pada majikan yang memberi sokongan Akhir kata sebelum saya akhiri izinkan saya membaca sebuah gurindam yang sy petik daripada Gurindam 12 Fasal kelima Karya Raja Ali Haji yang menggambarkan keperibadian yang perlu diikuti Jika hendak mengenal orang mulia lihatlah kepada kelakuan dia Jika hendak mengenal orang berilmu Bertanya dan belajar tiada jemu Jika hendak mengenal orang yang berakal didalam dunia mengambil bekal Jika hendak mengenal orang yang perangai baik lihatlah pada ketika bercampur dengan orang ramai Kalau ada pauh di daik, Bawa sebiji ke tanah seberang, Kalau ada budi yang baik, Sampai mati dikenang orang. Pahat papan serupa dulu, Bawah kain daun cermai; Rehatlah kita di fasa baru, Ukhuwah terjalin usah terurai kita bagaikan dedaun kering tidak muda selamanya tidak kuat selamanya tidak sihat selamanya tidak cantik selamanya tidak kaya selamanya tidak di atas selamanya tidak hidup selamanya SAMPAI MASA KITA AKAN PERGI JUGA... Jika ingin ketenangan SHOLATLAH.. Jika hati terasa ingin menang BERSUJUDLAH Jika ingin mengadu BERDO'LAH.. Jika ingin bersih dari dosa BERTAUBATLAH Jika ingan berjaya BERUSAHALAH Jika ingin ke syurga BERIBADAHLAH SUBHANALLAH.. Sekian terima kasih Wabillahitaufik walhidayah,wassallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh