Jumaat, Disember 22

Merindui dirimu...

Rindu itu satu rasa yang kadang susah untuk diceritakan dengan kata-kata mahupun dengan nukilan, kerana ia adalah satu perasaan yang kuat dalam dakapan dada Terkadang membuatkan air mata mengalir, walau sekuat mana dan setabah mana kita. Walaupun dimana kita berada tika ni, pasti ada ruang untuk kita memikirkan dan terkenang akan satu kenangan yang pernah sama-sama diharungi Rindu tidak dapat di halang dengan apa carapun. tersenyum sendirian,menangis kita dalam diam Rindu tidak bererti kita cinta tapi selalunya cinta pasti ada rindu.