Selasa, Mac 10

Solat Sunat Dhuha

Solat Dhuha rahsia rezeki melimpah, halal & berkat Cara mengerjakannya a. boleh dilakukan 2,4,8,atau 12 rakaat b. waktu yang disarankan adalah sila rujuk photo c. Cadangan surah: rakaat pertama selepas alfatihah as syams, rakaat kedua selepas alfatihah_ad-dhuha . Selepas selesai solat baca doa ini:- Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu. Kebaikan itu kebaikanMu, Keindahan itu keindahanMu. Kekuatan itu kekuatanMu. Kekuasaan itu kekuasaanMu dan Perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah, sekiranya masih didalam bumi, keluarkanlah, sekiranya sukar, permudahkanlah, sekiranya haram, sucikanlah dan sekiranya jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuhaMu, KeagunganMu, KeindahanMu, KekuatanMu dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepada kami segala yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh Amin ya rabbil a' lamin..