Jumaat, Januari 19

Bergaya sesuai dengan dompetmu

Kenapa kita nak marah-marah, bila kita bawa bola nak jaringkan gol, dihalang oleh pemain lawan ? Memang macam itu peraturannya. Tak ada halangan, tak adalah kejayaan. Terima hakikat itu dan gunakan segala halangan untuk maju ke depan. Biarlah apa saja yang berlaku disekeliling kita, yang paling penting kita sendiri yang kawal keputusan apa nak buat. Jangan sesekali nak salahkan keadaan sebab semua keputusan ada dalam tangan kita. Tak ada sesiapa pun tahu apa akan berlaku didepan. Yang dah berlaku memang tak boleh nak diubah, tapi siapa tahu yang di depan! buatlah keputusan, nekad dan usahalah..jika jatuh, bangkit semula.. siapa tahu samada akan jatuh lagi atau tidak selepas ni. Pesanan: Jangan pinjam duit Along, jangan guna duit kad kredit, kosnya amat tinggi dan hidup kita mungkin akan rosak disebabkan itu. Hati kita akan tenang jika kita tiada hutang.Jangan amalkan biar bergaya asal papa, nak BERGAYA sesuai isi dompetmu.Aku hanya seorang rakan yang menghadirkan diri tanpa diundang,,maafkan aku kerna aku hanya menjadi duri dihatimu..jumpa lagi..