Selasa, Julai 7

Sakit yang paling sakit adalah

Dalam banyak-banyak sakit, sakit gigi lah yang paling sakit, kalau sakit terluka kita boleh lupa tapi kalau sakit gigi sampai bila-bila kita ingat.Ubat yang paling mujarab untuk yang sakit gigi adalah CABUT.

Alexis berumur 11 tahun menggunakan anak panah untuk mencabut giginya



Apa hukum mencabut gigi bagi orang yang berpuasa, apakah puasanya batal ?

Dari artikel yang ditulis oleh Dr Tuti Ningseh Mohd Dom dan juga Dr. Shahida Mohd Said yang telah diberi oleh persatuan doktor gigi Malaysia dan juga dari Persidangan Akademi Fiqah Islam Antarabangsa yang berlangsung di Maghribi dan Putrajaya beberapa tahun lalu merumuskan, ada kaedah rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa:
  • membuat dental check up
  • membuat rawatan gigi ( tampal, cuci, cabut, rawatan akar , membuat gigi palsu etc)
  • mengambil x-ray mulut
  • injection ubat kebas dalam mulut utk cabut gigi
  • tak sengaja tertelan air semasa dr membuat rawatan gigi
  • memberus gigi
  • menggunakan floss utk membersihkan celah gigi
  • Berkumur dengan ubat kumur
  • Menelan air liur
"Puasa akan terbatal sekiranya anda memakan ubat.Puasa juga akan terbatal sekiranya anda tertelan air liur bercampur darah dari cabutan gigi tersebut"