Jumaat, Mei 29

JANGAN parking moto merata-merata dalam area KL.lebih-lebih lagi pada waktu office hour, sebab hujung bulan biasanya DBKL buat operasi TUNDA MENUNDA. Bayar caj tunda RM25. Caj simpan RM5 sehari. Bayar kompaun RM100, tu pun kena bayar dalam masa 2 minggu lebih hari, up jadi RM300.
KEJAM DAN ZALIM...kalau RM 50.00 boleh juga diterima..
Semalam dah terjadi pada kawan aku, parking merata sekejap je, tak sampai 15 minit pun, itupun nak "bank in" duit, pastu moto kena angkut, kadang-kadang aku rasa penguasa ni agak KEJAM, tak ada otak termasuklah pegawainya sekali. Orang pakai moto ni bukan ada duit banyak, dah le tempat parking tak mencukupi,salah parking kena kompaun plak, tolak-ansur lah sikit..guna otak!
Kata kawanku...kalau kerajaan bagi duit, nanti diambilnya balik dengan cara kompaun sana sini..kat dunia ni mana ada free...nak kencing pun kena bayar.