Khamis, Oktober 9

Letupan bom di Bukit Bintang pagi ini

Dari Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, "Kejadian ini tiada kena mengena dengan militan Negara Islam (IS), ianya lebih kepada jenayah yang bermotifkan perselisihan faham atau dendam membabitkan individu yang bermotifkan untuk membunuh pesaingnya"

Gambar Hiasan


Semakin hari semakin advanced nampaknya penjenayah dalam negara kita ini. Kalau dulu kita sering mendengar penjenayah menggunakan pisau-parang , meningkat sikit kepada penggunaan pistol, senapang dan raifel, terkini era bom tangan plak! Persoalannya, bagaimana bom tangan itu boleh dibawa masuk secara haram ke dalam negara kita ini?