Jumaat, September 19

Qadha dan Qadar

Qadha’ dan Qadar kadangkala disebut dengan “Takdir Tuhan” atau “Ketentuan Tuhan”. Kedua-duanya memberi maksud qadha’ dan qadar. Sudah tersedia maklum, manusia telah ditentukan oIeh Allah Subhanahu Wata’ala sejak sebelum ia dilahirkan. Walau pun  setiap manusia telah ditentukan nasibnya, ianya tidaklah bererti bahawa manusia hanya duduk diam menunggu nasib tanpa berusaha dan berikhtiar. Walau apa pun keadaannya, manusia tetap berkewajipan untuk berusaha, sebab kejayaan sesuatu itu tidak akan datang dengan sendirinya.


Manusia tetap diberikan peluang oleh-Nya untuk terus berusaha mengubah sesuatu keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik. Kita harus yakin dengan sepenuh hati bahawa segala sesuatu yang terjadi pada diri kita, baik yang menyenangkan mahu pun yang susah adalah atas kehendak Allah Subhanahu Wata’ala.