Isnin, September 29

Mesin ATM..

Kebanyakan daripada kita pergi ke mesin ATM untuk keluarkan duit sekadar perlu untuk kegunaan harian.Tetapi ada juga yang pergi ke mesin ATM untuk keluarkan semua duit yang ada di dalam mesin tersebut termasuklah dengan mesin-mesinya sekali...eeee..


Berita hari ini,sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila mesin ATM itu digodam, dipercayai menggunakan SIM kad telefon dan teknologi canggih.Sekurang-kurangnya  5 orang yang terlibat menurut berita, dipercayai warga Amerika latin.

Selain daripada mesin ATM kena rompak, masyarakat kita juga terdedah dengan risiko dirompak sebaik sahaja mengeluarkan duit dari mesin.Jadi hati-hati lah ya, jangan kita menjadi mangsa.