___________________________
Pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu,pada pesakit kencing manis ianya tidak elok dimakan kerana kandungan gulanya tinggi.
Saya sarapan pagi ini makan pisang..eeee.. mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit selain itu mudah didapati dan murah di pasaran. Semua pisang boleh dimakan, kecuali pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda…jom kita pakat2 makan pisang! Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara menggoreng, merebus atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput mmm sedap dan pasti enak!

Apa khasiat pisang!..
Amalan pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua(2) biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit yakni dapat membekalkan tenaga yang mencukupi.. Subhanaallah satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia.
Nama pisang yang biasa didengar…pisang nangka, kapas, berangan, kari, embun, kelat keling, kelat masam, rastali, talang, kaki, awak,nipah, abu, tanduk raja, kapas, mas, bunga, lemak manis malah ada banyak lagi nama-nama pisang yang kita tidak ketahuan…
Pisang banyak kegunaannya:-
Daun pisang

- Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.
- Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
- sebagai pelindung hujan
Batang pisang
- Digunakan untuk membuat rakit.Selain itu ianya boleh diproses untuk penghasilan tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang
- Semestinya boleh dimakan atau diambil semasa muda untuk dimasak, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepet…dll.
Jantung pisang
- Dibuat sebagai ulam selepas dicelur. Pada wanita yang mengandung jangan idamkan jantung pisang sebb nanti anak jd hitam..eeee
Khasiat pisang dari sudut kesihatan
Darah tinggi dan strok
- Pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol
- Pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit
- Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia
- Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan
- Cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening
- Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
TIP:
- Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
- Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
- Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
- Meraikan rakan-rakan atau sebagai simbolik..’kita gantung pisang atas pertukaran beliau’
PERIBAHASA :-
- Bagai kera mendapat pisang
- Berjual pisang kepada monyek
- Jangan sampai pisang berbuah dua kali
TEKA TEKI:
Dalam sepohon pisang, apa benda yang tidak dipanggil pisang???..fening2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan