Ahad, Oktober 10

Dengue Fever_Demam Berdarah


SILA SEBARKAN BERITA INI, IANYA  BOLEH MEMBANTU MERINGANKAN PENDERITAAN PESAKIT DEMAM DENGGI BERDARAH.

PASS THIS INFORMATION TO AS MANY AS YOU CAN, IT MAY SAVE LIVES.


Daun Betik (Papaya)

Saya ingin berkongsi penemuan menarik ini:- Pepaya Juice - Ubat untuk Demam Berdarah (Dengue fever). Apa itu Dengue Fever..rakan boleh klik sini: http://en.wikipedia.org/wiki/Dengue_fever

Tahukah anda.. bahawa jus betik adalah ubat untuk mereka yang alami demam denggi berdarah. Mari kita ikuti cerita dari rakan. Semoga dengan penemuan ini, nyawa dapat diselamatkan..

Kes Pertama:

Seorang teman mengalami demam denggi berdarah. Situasinya sangat serius dimana jumlah ‘trombosit’ nya turun menjadi 28.0 setelah 3 hari terlantar di rumah sakit, kandungan air mulai mengisi ke paru-parunya. Dia mengalami kesulitan bernafas. Umurnya dalam  32 tahun. Menurut doktor yang merawat,  tidak ada ubat untuk demam denggi berdarah. Kita hanya perlu menunggu sistem kekebalan tubuhnya untuk membina ketahanan terhadap denggi dan berperang sendiri. Dua kali  pemindahan darah telah dilakukan terhadap beliau namun  butir darahnya terus jatuh sejak hari pertama dia memasuki wad.

Mujurlah ibu mertuanya mendengar bahawa jus betik akan membantu mengurangkan demam dan terus mendapat beberapa daun betik, ditumbuk dan diperas jus untuk dirinya. Hari berikutnya, jumlah ‘platelet’ darahnya mulai naik, dan demamnya hilang. Ibunya terus menyuapinya dengan jus pepaya dan dia sembuh selepas 3 hari.

Kes kedua

Anak teman sekelas baru saja sembuh dari demam berdarah. Anaknya dalam tahap kritikal dimskkan ke wad ICU, jumlah sel darahnya turun menjadi 15 setelah 15 liter transfusi darah. Ayahnya begitu bimbang , cadangan dari seorang rakan supaya diberikan minuman jus daun papaya dan alhamdulillah anaknya dapat diselamatkan. Setelah anak beliau meminum jus ini jumlah trombosit nya langsung melompat ke 135 dari  45 jumlah trombosit selepas 20 liter transfusi darah. Doktor dan jururawat terkejut. Setelah hari kedua rawatan diberhentikan. Jadi dia meminta saya untuk  kabar berita baik ini untuk dikongsi bersama.

Cara Penyediaannya:

Petik daun betik mentah, 2 lembar hanya dibersihkan dan ditumbuk, diperas dan di tapis.. Anda hanya akan mendapatkan satu sudu makan pada daun. Jadi dua sudu makan per porsi sekali sehari.

Perhatian:
Jangan merebus atau memasak atau bilas dengan air panas, ia akan kehilangan kekuatannya. Hanya bahagian berdaun dan tidak ada batang atau getah. Rasanya sangat pahit dan anda harus menelannya.

Luar biasa tapi itu benar. Menurut doktor tubuh seseorang akan kepanasan ketika diserang demam berdarah dan pesakit mengalami demam,  manakala jus betik mempunyai kesan pendinginan. Dengan demikian, hal ini membantu untuk mengurangkan kadar panas dalam tubuh seseorang sehingga demam akan hilang. Saya mendapati bahawa ia juga baik untuk mengatasi masalah  sakit tekak atau menderita panas. Jom mari cuba...

Penyediaannya amat mudah ‘blend’ daun papaya dan memerah untuk jadikan jus. Ajaib berkesan!

Tiada ulasan: