Rabu, September 28

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Membaca surah Al-Kahfi sepatutnya menjadi amalan kita dimalam Jumaat dan disiangnya. Namun telah menjadi amalan, kita lebih mengutamakan membaca surah Yasin. Sedangkan tiada dalil yang kukuh akan sunatnya membaca surah Yasin pada hari jumaat. Oleh itu kita harus bertukar dari mengamalkan membaca Yasin kepada Surah Al-Kahfi.Tak kisahlah bagaimana pun caranya. Paling penting kita kena khatam membaca surah Al-Kahfi sebelum terbenam matahari hari Jumaat.Kelebihan Surah Al-Kahfi pada mereka  yang membaca pada Hari Jumaat akan terhindar dari fitnah Dajjal. Kedua, membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat. Semoga kita diberkati Allah.