Jumaat, September 4

Teh 3 layer

Sebelum ini saya tidak pernah dengar dan tak pernah rasa, first time anak perempuan saya yang perkenalkan..mmm..boleh la. 

Resipi minuman teh 3 layer untuk dikongsi:-



Bahan-bahan (untuk 2 gelas)
  • 3 ucang teh
  • 3 keping gula melaka
  • 1/2 tin susu cair
  • Sedikit air
  • Ais
Cara-cara
  1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika.
  2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
  3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
  4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
  5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan.
Siap untuk diminum..

Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat