Khamis, Oktober 23

Pentingnya menjaga kesihatan

Semua orang tahu pentingnya kesihatan, tapi tak ramai yang menyedari pentingnya menjaga kesihatan. Di sinilah sebenarnya masalah kita.
  • Bila sihat, kita mudah menjalankan kehidupan harian kita
  • Bila sihat, kita mudah bergaul dengan orang. 
  • Bila sihat, kita boleh berbahagia dengan keluarga, sanak saudara dan teman-teman. 
  • Bila sihat, kita boleh belajar dengan tenang dan mudah. 
  • Bila sihat, kita boleh laksanakan tanggungjawab kita dengan baik.
  • Bila sihat, kita mudah mengerjakan ibadah 
  • Bila sihat, kita boleh buat banyak perkara

"Manakan sama orang yang duduk dengan orang yang berdiri". Begitu jua badan kita yang sihat berbanding dalam keadaan sakit. Bila sihat, kita boleh mengeluarkan seluruh potensi kita dalam kerja yang hendak kita lakukan. Bila sakit, mungkin kita boleh lakukan semua itu, tapi dalam kualiti kerja yang berkurangan.